CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 15 April 2012

PAKEJ EKSKLUSIF UMRAH DI BULAN RAMADHAN





KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN
KLIK LINK DI BAWAH

http://alraziq.blogspot.com/2012/04/macam-mana-nak-tunaikan-umrah-dengan.html#links
&
http://alraziq.blogspot.com/2012/04/tempahan-pakej-fardhu-umrah-dan-haji.html#links



Pakej UMRAH Ramadhan lengkap dengan kos sederhana dan berpengalaman dalam pengurusan jemaah Umrah ke Tanah Suci.
Harga pakej adalah termasuk dengan cukai & insuran
Pakej termasuk adalah:
  1. 12 hari 10 malam
  2. Penerbangan terus tanpa transit MAS @ SAUDI Airlines pergi dan balik
  3. Hotel Madinah & Makkah disediakan
  4. Hidangan makanan 3 kali di Madinah & Makkah
  5. Jarak hotel Makkah hanya 200M dari Masjidil Haram
  6. Termasuk ziarah Madinah & Makkah
    1. Ziarah Madinah - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Ladang Kurma.
    2.  Ziarah Makkah – Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jabal Tsur
    3.  Ziarah Hudaibiyah dan Ladang Unta
    4. Ziarah Ja'aranah
    5. Ziarah Tana'im
  7. Dibimbing oleh mutawwif berpengalaman
  8. Tazkirah dan Pengisian oleh Mutawwif berpengalaman
  9.  Kursus Umrah oleh Ustaz yang berpengalaman
  10. Servis Penyelenggaraan Bagasi
  11. Beg tarik besar, beg tarik kecil, beg sandang
  12. Tag nama & tag bagasi
  13. Vest Ekslusif Umrah Kembara Sufi
  14. Buku Penawar Penyucian Jiwa
  15. Buku Panduan Doa
  16. Kain ihram, tali pinggang, telekung(wanita), 10Liter air zam-zam
  17. Dilindungi dengan Takaful Perlindungan Kembara
  18. Lain-lain - Berpeluang menjadi wakil / konsultan syarikat

Friday, 6 April 2012

Mari Bermotivasi



Salam 1 Malaysia

Selamat pagi mari bermotivasi

Kita dah biasa sangat dengar ...tapi masalah kita selalu lupa nak BERTINDAK SEGERA


Apa-ape pun dalam diri perlu ada TUMPUAN , TINDAKAN SEGERA , TABAH & TAWAKAL  susah nak wat langkah berikut:

TETAPKAN MATLAMAT BESAR ANDA DENGAN JELAS
Jangan dilupakan tetapkan matlamat kecil yang membawa kepada matlamat besar
p/s : perlu mulakan dari kecil....so biler yang berjaya korang mesti BERKOBAR-KOBAR nak capai yang BESAR

 DIMULAI DENGAN LANGKAH SEGERA
p/s: kita memang dah biasa sangat.... plan memang gempak tapi tak mula-mula lagi

HABISKAN APA YANG ANDA MULAKAN
p/s: kita dah biasa gak lau dah mula...biler dah mula cabaran .... mulalah langkah terhenti ditengah jalan

BERKAWAN DENGAN ORANG YANG ADA MINAT SAMA & POSITIF
p/s: carilah kawan yang positif ... dalam diam anda akan lebih positif

BELAJAR UNTUK JADI SEORANG CEKAP PANTAS
p/s: nak berjaya korang kenalah tau ilmu , belajar ...belajar agar lebih cekap ...
lau x tahu susah ler nak pi jauh

NAK CAPAI MATLAMAT BIARLAH DARIPADA BAKAT ATAU MINAT ANDA
p/s: lau korang minat / ada bakat... korang mesti excited aje nak wat & tak mudah putus asa

BERANI AMBIL RISIKO
p/s: sentiasa pegang bahawa kegagalan sebenar adalah putus asa terus mencuba
sedangkan kegagalan yang kita nampak selama ni hanya peluang kita perbaiki kelemahan dan belajar terus belajar akhirnya KEJAYAAN akan datang

Apabila Mencari Teman Hidup




Wahai Teman ..........
Apabila mencari teman hidup
Bak kata orang yang penting ikhlas dan menrima diri pasangan dengan seadanya
Tapi hakikatnya mata tertumpu pada rupa paras gak
Alasan tak mau la dapat anak yang pecah umah kelak ....hihi
Janganlah gelojoh kerana sesal kemudian tiada guna lagi dan rasa diri paling bodoh
Yang Pasti memang kita berusaha yang terbaik Tapi berdoalah juga biarlah Jodoh dariNya

Wahai Teman ..........
Apabila mencari teman hidup
Bak kata orang jangan tunggu lama-lama biler bercinta
Tapi hakikatnya jangan tergopoh sangat nak awal berkahwin jika belum bersedia
Ingatlah ada perkara wajib perlu ada
Agama & Ilmu nak kahwin kena ada
Jangan dipandang remeh keperluan untuk keluarga
Kunci Rumah (sewa / sendiri) , Kunci Kenderaan (Motor / Kereta) & Duit (pendapatan)
Nampak macam remeh tapi lau x cukup jiwa x tenang aje...PANAS
Jadilah Hamba yang benar-benar BERSEDIA sebelum berhijrah

Wahai Teman ..........
Apabila mencari teman hidup
Bak kata orang pilih yang menghormati orang tua
Tapi hakikatnya tak sabo benar nak tunjuk hak sebagai Suami / Isteri
Hormatilah kedua-dua belah ibu bapa
Belajarlah menyayangi mereka kerana anda akan tua kelak
Setiap perbuatan pasti ada balasan
Ingatlah seorang anak yang melebihkan isterinya / suaminya daripada ibu bapanya adalak anak D_ R_A_A
Minta dijauhkan....

Wahai Teman ..........
Apabila mencari teman hidup
Bak kata orang cari yang bertanggungjawab
Tapi hakikatnya masing-masing perlu ada Timbang Rasa
Wahai Sang Suami jika isterimu rela membantu mencari nafkah yang sepatutnya kewajipanmu
Timbang rasalah ringankan tulangmu membantu kewajipan Isterimu dirumah
Isteri untuk dilindungi dan disayangi 
Bukanlah dibawah tapak kakimu dan bukan juga bola boleh ditendang dan dikejar
Wahai Sang Isteri jangan pula jadi QC (Queen Control) terlampau
Jadilah isteri pendidik erti KASIH Sayang
Sesungguhnya Wanita mempunyai sifat semulajadi yang penuh KASIH SAYANG 




Wahai Teman ..........
Apabila mencari teman hidup
Bak kata orang carilah pasangan yang BERIMAN
Tapi hakikatnya ala aku wat jahat tak apa yang penting bini / laki aku TERBAIK 
Wahai Sang Suami Lau ko nak isteri solehah maka berhijrah dan contohilah Rasulullah SAW
Wahai Sang Isteri lau ko nak Suami soleh maka berhijrahlah dan contohilah Saidatina Fatimah Az-Zahrah
Kita mungkin tidak dapat serupa seperti mereka tapi carilah cahaya kearah kesempurnaan yang bakal menyinari hidupmu dunia dan akhirat

Ya Allah
Kau temukanlah hamba-hambaMu dengan pasangan mereka
Jodoh Yang Baik Pada PandanganMu
Maka Baik untuk HambaMu

MLM tidak patuhi syariat Islam?


Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.
Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.
Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam  sistem yang diamalkan.
Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.
“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.
“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

Sumber: Kosmo On-line

ADAKAH ANDA TERASA KENAIKAN INFLASI?



ADAKAH ANDA TIDAK SEDAR KADAR INFLASI YANG TERUS MENINGKAT MENJEJASKAN POKET ANDA?
INFLASI ADALAH MERUPAKAN FENOMENA EKONOMI YANG MENINGKAT SECARA BERTERUSAN  (kenaikan harga barang dan perkhidmatan). Ini menyebabkan nilai mata wang akan jatuh.
Cuba anda renungkan situasi berikut ............
Dengan RM 1 saya dapat beli pada :-
pada tahun 1980an   dengan RM 1 kita boleh beli 2 cawan kopi.

pada tahun
 1990an   dengan RM 1 kita boleh beli 1 cawan kopi. 

d
an sekarang  dengan RM 1 kita kena tambah duit lagi.
Begitu juga dengan RM 10 
Jika sekarang dengan RM 10 anda dapat sarapan & makan tengahari
5 tahun akan datang dengan RM 10 hanya dapat sarapan atau makan tengahari sahaja 
Saya harap anda dapat baca laporan berikut 
Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita? Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya olehrasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
inflasi3 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
inflasi10 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).
Tetapi, tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan “bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di mana?
inflasi5 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import. Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi, akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak harapkan pengangkutan awam?
30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000 hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya berbanding 30 tahun yang lalu.
Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.
Walaupun rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
inflasi Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya? Bank Negara telah mengumumkan baru-baru ini yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR)  tidak dinaikkan sehingga awal tahun 2012dan masih kekal pada kadar 3%. Kalau diikutkan Bank Negara pun sebenarnya dalam dilema untuk menaikkan kadar faedah atau tidak. Jikalau mereka naikkan kadar faedah, eksport negara akan terganggu. Kalau tak naikkan kadar faedah pula, inflasi sukar utnuk dikawal. Berbelah bahagi juga mereka sebenarnya.

Macam Mana Pulak Jadi Macam Nie



  Salam 1 Malaysia,

Ramai antara kita tidak tahu antara punca - punca Inflasi dan ada juga antara kita tahu tapi tak endahkan.

Saya ingin kongsikan antara-antara punca-punca inflasi.

Ha...bagi yang dah tahu, anda perlu ambil tahu jugak yea...refresh blek....


1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. (APA YANG BERLAKU SEKARANG, SELEPAS PENINGKATAN HARGA MINYAK DUNIA)-harga minyak turut mempengaruhi kenaikan harga2 barang keperluan...kita sebagai pengguna tiada pilihan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. (AMERIKA SEDANG MENGHADAPI KRISIS  INI)-krisis sebegini jarang berlaku dinegara2 membangun..

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran. (CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL)

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. (INI BIASA BERLAKU, KERANA KEADAAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA BERUBAH-UBAH)

Macam Mana Kita Leh Kawal Inflasi





 Salam 1 Malaysia,

Hmmm.... ala langkah-langkah mengawal ni sebenarnya diambil oleh pihak berwajib. Tetapi kita sebagai rakyat dan pengguna pun HARUSLAH ambil tahu supaya kita sebagai PENGGUNA lebih bijak berbelanja dan mengawal kewangan anda.


1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonomi Makro

Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halatuju pembangunan negara.

Peluang Kerjaya Dengan AMTC




KEISTIMEWAAN

bullet
Kerjaya Duniawi dan Ukhrawi
bullet
Peluang Menunaikan Umrah dan Haji Setiap Tahun Secara Percuma
bullet
Potensi Pendapatan RM5,000 - RM6,000 Sebulan
bullet
Elaun Mutawwif @ Konsultan RM2,000 - RM3,000 Sebulan
bullet
Latihan dan Bimbingan Percuma

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI KAMI?

    Mereka yang mempunyai impian menunaikan Umrah setiap tahun
    Semua Wakil dan Ejen Umrah dan Haji
    Para Graduan, terutamanya dalam bidang Pengajian Islam
    Mereka yang berpengalaman ke Tanah Suci
    Para Ejen dan Perunding Kewangan Islam (spt. Takaful, Wasiat, Unit Amanah)
    Semua Umat Islam yang berminat

Tip-Tip Anda Menangani Inflasi





Salam 1 Malaysia

Harap semua sihat-sihat aje yea.

Antara tip-tip agar ANDA sebagai PENGGUNA menangani masalah INFLASI

1. Kurangkan perbelanjaan bulanan anda
 - Senaraikan barang keperluan tetap bulanan anda 
 - Senaraikan bil-bil tetap anda
 - Berjimat dan membeli apa yang perlu sahaja dan displin mengikut senarai rancangan perbelanjaan
 - Berbelanja pada ada jualan murah
 - Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.

 - Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.


2. Kurangkan Makan Diluar

3. Merancang Masa Hadapan Anda
- Mula mempraktikkan perkara berikut
  a) Mulakan pembayaran automatik bil / pinjaman
  b) Buat Simpanan - contohnya bukalah akaun Sijil Simpanan Premium BSN ( mana tau ada rezeki boleh menang
      hadiah).
  c) Buat akaun kecemasan - simpan ikut kemampuan anda untuk menghadapi kecemasan seperti sakit , 
     kenderaan rosak dll.
  d) Buat Pelaburan - pelaburan tunai atau KWSP 
      - Pelaburan tunai boleh melalui ASB dan Public Mutual 
      - Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP 
4. Etika sebaga pengguna
  - Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan  
    produktiviti mereka.
  - Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
5. Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru asalkan boleh dipakai dan masih ekonomi

6. Memperoleh pendapatan kedua - Jika anda ada masa terluang , carilah kelebihan anda yang mungkin anda boleh buat duit (berniaga) seperti kemahiran menjahit , berniaga on-line mahupun offline dll.

Jom Download Lagu




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .....

 Disini saya ingin kongsikan dengan anda , jom download lagu-lagu  kegemaran anda


Anda boleh terus download dengan klik pada link yang diberikan pada setiap lagu.

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas) [DOWNLOAD SEKARANG]
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim) [DOWNLOAD SEKARANG]
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat) [DOWNLOAD SEKARANG]
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense) [DOWNLOAD SEKARANG]
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)[DOWNLOAD SEKARANG]
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)[DOWNLOAD SEKARANG]
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)[DOWNLOAD SEKARANG]
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul) [DOWNLOAD SEKARANG]
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition) [DOWNLOAD SEKARANG]
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok) [DOWNLOAD SEKARANG]
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)[DOWNLOAD SEKARANG]
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)[DOWNLOAD SEKARANG]
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta) [DOWNLOAD SEKARANG]
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)  [DOWNLOAD SEKARANG]
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford) [DOWNLOAD SEKARANG]
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)[DOWNLOAD SEKARANG]
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus) [DOWNLOAD SEKARANG]
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) [DOWNLOAD SEKARANG]
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok) [DOWNLOAD SEKARANG]
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque) [DOWNLOAD SEKARANG]
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna) [DOWNLOAD SEKARANG]
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)[DOWNLOAD SEKARANG]
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna) [DOWNLOAD SEKARANG]
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)[DOWNLOAD SEKARANG]
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja) [DOWNLOAD SEKARANG]
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim) [DOWNLOAD SEKARANG]
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)[DOWNLOAD SEKARANG]
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)[DOWNLOAD SEKARANG]
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)[DOWNLOAD SEKARANG]
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai) [DOWNLOAD SEKARANG]